Saturday, 17 September 2011

AWAS! ! NAK COUPLE BOLEH, TAPI JAWAB DULU SOALAN2 INI....



Bagi mereka yang sedang, belum atau sudah terjebak dengan "keindahan bercouple", sama ada yang zahir atau pun yang batin silalah menjawab soalan-soalan ini pula :


1. Bumi ini, diri kita dan si dia siapa yang cipta? Tidakkah kita melanggar perintah Allah SWT?



"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." (Surah al-Isra’ 17: 32)


Fahamilah bahawa Allah tidak menggunakan ungkapan "jangan kamu berzina" tetapi digunakan "jangan kamu MENGHAMPIRI zina". Bercinta sebelum kahwin adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang itu kepada perbuatan keji tersebut.


Mengapa ye?


2. Tidakkah kita bersetuju bahawa :


Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bila seseorang telah memulakannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah SAW :


“Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)


3. Ketika kita bercinta atau tengah "dating", mata kita tengok kat mana? Ada rasa terujakan?


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…" (Al-Nur: 30-31)


Setuju tak?


Sesiapa yang terlibat dengan budaya bercinta tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat kepada pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan


4. Ketika janji nak "dating" ada tak ingat pesan Nabi kita?


“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)
Untuk apakah syaitan menemani?
Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina.


5. Bila nak cari tempat "dating" ada baca tak larangan daripada Nabi ni?
“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)


6. "Opsss!! Sori tersentuh tangan. Hehe..." Itu mula-mula, lama-lama dah biasa kan? Tersentuh bahu ada tak? Duduk rapat-rapat? Memanglah beralas tapi tak dosa ke?


"Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." ( al-Tabarani)


Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya?
Sekiranya tidak, maka hebat benar iman orang tu! Suatu renungan...

No comments:

Berniqab Atau Tidak Berniqab

Mana Lebih Utama, Berniqab atau Tidak?             Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian  yang baik. Ianya istimewa. Tidak m...