"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa
sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh
memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat
Ahmad]
Rama-Rama Halus Sayapnya
Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan
terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia
mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena
jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia
terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan
corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan
yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita
menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi.
Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Indah Ibarat Wanita.
Wanita adalah hiasan dunia. Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk
dilihat, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor
mencemari atau menyentuhi tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika
tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa
keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada
wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan
membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya.
Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai
Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut
ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di
sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga
diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Wanita Yang Lebih Baik Dari Bidadari
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku
berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau
bidadari?" Baginda menjawab, "Wanita di dunia lebih baik daripada
bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin."Aku
berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu? Baginda menjawab,
"Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan
muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna
putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning..." (Hadis Riwayat
al-Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat
kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)
Sumber : iluvislam


No comments:
Post a Comment