Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
Thursday, 1 December 2011
Wednesday, 2 November 2011
♥ Sayang Tunggu Abang Di Syurga ♥
Nur Syifa, seorang perempuan solehah yang tak hanya sekadar cantik, perhiasan iman dan kesolehannya menghiasi setiap langkahnya. Nur Syifa cukup terkenal dikalangan aktivis kampus. Nur Syifa mulai memasuki sebuah fasa yang sering dialami setiap wanita. Usianya memasuki duapuluh lima tahun,hatinya mulai dihiasi rasa rindu yang tak bisa diurai dengan logika.
Perlahan Nur Syifa menyusun kepingan-kepingan keinginannya dan mengumpulkan segenap kekuatan. Ia menemui murabbinya.
“ Makcik Hasna, saya ingin menikah. Tolong carikan saya calon ya Makcik…”
“ InsyaAllah dik,, biodata dan gambar adik sudah disiapkan?”
.:: Aku Seorang Pengemis ::.
Aku pengemis..
Pengemis cinta suci..
Perayu cinta sejati..
Aku pengemis..
Yang dahagakan kasih sayangNya..
Hanya mengharap pada Maha Pencinta nyah kau cinta dunia..
Pergi kau cinta fantamorgana..
Aku tak perlukanmu..
Cintamu terlalu palsu..
Cinta murahan..
Monday, 19 September 2011
• SULITNYA MENJAGA PANDANGAN MATA •
Ya Allah,
Sulitnya menjaga pandangan mata,
Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,
Hanya iman dalam diri mampu menolong diri,
Antara kasih kepada Robbul i’zzati dan kemahuan diri,
Menitis air mata tika kemahuan diri tidak dituruti,
Lantas kasih dan takut kepada Ilahi.
Saturday, 17 September 2011
Adakah JODOH itu Milik anda ? ?
Buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam.. benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik ..salah ke merisik ?..tdk salah bahkan dianjurkan supaya tdk tersalah pilih .. untuk adam.. andai mahu mencari hawa.....
AWAS! ! NAK COUPLE BOLEH, TAPI JAWAB DULU SOALAN2 INI....
Bagi mereka yang sedang, belum atau sudah terjebak dengan "keindahan bercouple", sama ada yang zahir atau pun yang batin silalah menjawab soalan-soalan ini pula :
1. Bumi ini, diri kita dan si dia siapa yang cipta? Tidakkah kita melanggar perintah Allah SWT?
Friday, 16 September 2011
..: 9 SITI IMPIAN :..
1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
Engkau Memang Cantik . . .
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu..
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab..
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat..
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas..
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias..
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah..
Perempuan yang PALING MAHAL ialah
Allah dan Rasul dihatinya
benci semua yg dibenci Allah dan Rasul,
suka semua yg disukai Allah dan Rasul
menjaga adab dan akhlaknya
tidak suka terlampau2 ber "so" sial
Friday, 19 August 2011
.::BIDADARI SYURGA :: BIDADARI TERCANTIK ::.
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki
syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah
dikalangan bidadari- bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua
akan segala bidadari-bidadari tersebut).
Hadiah TERBAIK dan TERBURUK
Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."
...::: Wahai WANITA TIDAK BERTUDUNG :::...
Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.
BOLEHKAH BERCOUPLE ?
Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.
Mencari. . . .
Mencari sebuah perjalanan. .
Mencari sebuah hakikat. .
Perjalanan yang sukar ditempuhi. .
Perjalanan yang menyingkap pelbagai rahsia. .
Menempuh pelbagai onak dan duri. .
Menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. .
Mencari dimana terletaknya sebuah cinta .
Mencari dimana sebenarnya hadir sebuah cinta. .
Cinta Agung cinta luar biasa. .
Cinta yang mengajarkan erti cinta sebenar. .
Rindu hanya pada Pencipta. .
Rindu kasih hanya pada Kekasihnya . .
˙•٠•●❤ Doaku Buatnya ˙•٠•●❤
Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
AWEK zaman sekarang
Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'? Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.
Thursday, 18 August 2011
.:: tanda-tanda sebelum AJAL tiba ::.
Tanda 100 hari sebelum ajal tiba.
Ini adalah tanda pertama dari Allah Taala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimana semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya saja mereka sedar atau tidak.
TABARRUJ menurut ISLAM
Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.Wednesday, 17 August 2011
Jadilah kita.... WANITA MUJAHIDAH yang diimpikan itu...
Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…
Wanita yang aku rindui
Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi
Wahai Hawa ! ! !
Wahai Hawa, Kenapa.. engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?
Subscribe to:
Comments (Atom)
Berniqab Atau Tidak Berniqab
Mana Lebih Utama, Berniqab atau Tidak? Memakai niqab atau purdah adalah suatu pakaian yang baik. Ianya istimewa. Tidak m...
-
Ya Allah, Sulitnya menjaga pandangan mata, Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati, Hanya iman dalam diri mampu menolong diri, Antar...
-
Nur Syifa, seorang perempuan solehah yang tak hanya sekadar cantik, perhiasan iman dan kesolehannya menghiasi setiap langkahnya. Nur Syi...
-
Tanda 100 hari sebelum ajal tiba. Ini adalah tanda pertama dari Allah Taala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka y...



